Sunday, February 10, 2013

Bengkel Penulisan Skrip - Drama Bersiri


Ahad lepas 27 Januari 2013 telah diadakan satu bengkel penulisan skrip untuk drama bersiri di Pusat Pendidikan Islam Bangi. Seramai lebih kurang 50 peserta telah menghadiri bengkel tersebut. Talk yang dikendalikan oleh seorang penulis skrip yang berjaya iaitu Maizura Mohd Ederis (penulis skrip drama 'Nur Kasih' , 'Nora Elena' ) telah menambat hati ramai penulis baru untuk terus menceburi bidang penulisan. 

Pengisian yang sangat mantap yang diberi kan oleh Puan Maizura dan En Zaini Kosnin (Producer ZK Creative Production) telah membuka hati saya untuk mula bekarya. Buat masa ini saya sedang berusaha menterjemah idea saya dalam bentuk penulisan. En,Zaini merupakan seorang produser dan penulis skrip yang sangat berpengalaman, dan saya sangat menghormati beliau kerana sifat beliau yang menghormati dan menghargai semua orang tidak kira pangkat dan darjat. Bagi saya industri ini boleh terus berjaya jika lahirnya ramai produser seperti En. Zaini. 

InshaAllah , tamat semester akhir nanti, saya akan menjalankan latihan industri di produksi beliau iaitu di Wisma Rampai, Setapak.  

"bekarya itu bakat daripada Allah, jangan sia-siakan "
Selamat Bekarya,

No comments:

Post a Comment